
UITM ALOR GAJAH (LENDU)
Kampus UiTM Alor Gajah merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di negeri Melaka, Malaysia. Sehingga Mac 2020, pelajar Kampus Alor Gajah telah melepasi 6,500 orang manakala 255 kakitangan sokongan dan 319 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di ketiga-tiga kampus

FREEPORT A'FAMOSA OUTLET VILLAGE
'Freeport A’Famosa Outlet offers over 80 fashion, sport and accessories brands in some 180,000 sq.ft. The outlet is set in an open air mall featuring a lake, fountains, carousel and windmill with architecture loosely themed on Melaka’s Dutch heritage.

HOSPITAL ALOR GAJAH
Hospital baru ini dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan kos RM110 juta. Pembinaan hospital baru dengan kapasiti 78 unit katil bermula pada 5 September 2008. Hospital ini telah dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan bedah, dewan bersalin, unit rawatan kecemasan. Selain daripada itu terdapat juga penambahan unit seperti Unit Forensik, Unit Bekalan Bahan Sterile (Suci Hama), Unit Rawatan Rapi dan Unit Rawatan Pengasingan (Isolation Ward).

PANTAI PENGKALAN BALAK
Pengkalan Balak merupakan sebuah pekan lama di Melaka yang berada tidak jauh dari tempat tarikan pelancong lain. Antara tempat yang paling menarik di Pengkalan Balak adalah Pantai Pengkalan Balak yang terletak 10 minit dari Tanjung Bidara yang sering dikunjungi oleh pelancong lain. Apa yang membuatkan Pantai Pengkalan Balak begitu menarik adalah ia kurang dikunjungi pelancong dari luar negara, kebanyakkan pengunjungnya adalah pelancong tempatan. Jadi jika anda jenis yang lebih menyukai suasana tenteram, Pantai Pengkalan Balak mestilah anda melawati!